Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton) tidak akan menjejaskan syarikat pemotoran nasional itu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, syarikat itu bergerak kerana ahli lembaga pengarah serta pengurusannya, dan bukan bergantung kepada seseorang individu.
Jelas Hamzah, walaupun bekas Perdana Menteri itulah yang membuahkan idea untuk mengasaskan Proton, perubahan perlu berlaku seiring peredaran masa lebih-lebih lagi dalam sektor automotif.
"Saya yakin siapa sahaja yang menggantikan beliau akan melihat masa depan Proton yang mungkin terpaksa berubah dari segi budaya syarikat itu dan kedudukannya sekarang.
"Mungkin beliau sudah sedar bahawa sudah tiba masanya untuk diserahkan kembali jawatan itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut turut menyangkal dakwaan bahawa persepsi orang ramai terhadap syarikat itu dan masa depannya terjejas ekoran pengunduran Tun Mahathir itu, seterusnya memberi kesan kepada jualannya.
Tegas Hamzah, kesetiaan pelanggan adalah kepada mutu produknya dan bukan kepada pengerusinya.
Terdahulu, Dr Mahathir menerusi kenyataan dikeluarkan pejabatnya pada petang Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Proton berkuatkuasa serta-merta setelah surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Rabu.
Beliau juga meletakkan jawatan Canselor Universiti Malaysia Petronas (UTP), Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA), juga berkuatkuasa 30 Mac 2016.
Israr Khalid
Thu Mar 31 2016
HAMZAH: Siapa sahaja yang menggantikan beliau akan melihat masa depan Proton yang mungkin terpaksa berubah dari segi budaya.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.