KUALA LUMPUR:Proton X50 yang begitu dinanti-nantikan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak previu awalnya di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tempahan bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mengatasi sasaran awalnya pada 4,000 unit meskipun belum lagi dilancarkan secara rasmi.
"Ini merupakan kereta segmen-B pertama bagi Proton dan dengan harga yang bersesuaian, kami yakin dapat meraih bahagian pasaran," katanya semasa previu media X50, di sini, hari ini.
BACA: Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50
BACA: Proton X50 sedia beraksi, khabarnya harga jualan bermula sekitar RM75,000...
BACA: Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan
Roslan berkata, Proton berusaha keras untuk memenuhi tempahan bagi memastikan tempoh menunggu yang tidak lama bagi pelanggannya.
Apabila ditanya sama ada kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 boleh menjejaskan jualan, beliau berkata, daripada respons yang diperoleh setakat ini impaknya adalah minimum.
"Pengecualian cukai jualan memberi dorongan yang diperlukan kepada Proton dan kami berharap kerajaan akan menimbang melanjutkan pengecualian cukai bagi tempoh tiga bulan lagi," katanya.
Dari segi keyakinan pelanggan dan pelabur, Roslan berkata, sejak pelancaran SUV pertama Proton, X70, pada Disember 2018, tahap keyakinan terhadap jenama itu meningkat dengan ketara.
"Kami menyasar menambah baik perkhidmatan selepas jualan kami untuk menjadi nombor satu di negara ini menjelang September depan. Ini bermakna, kurang aduan daripada pelanggan dan alat-alat ganti yang mencukupi," katanya.
Setakat ini, Proton masih belum menyenaraikan harga bagi X50 tetapi pelancaran rasmi SUV itu dijangkakan pada bulan depan. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020

Proton masih belum menyenaraikan harga bagi X50 tetapi pelancaran rasmi SUV itu dijangkakan pada bulan depan. - Gambar Facebook PROTON

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

Pakej PERMAI beri impak fiskal minimum kepada negara - MoF
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara.

COVID-19: Thailand rekod 914 kes baharu susulan saringan besar-besaran
Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

CAAM umum arahan dron baharu bulan depan
CAAM akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.

Maxis tingkatkan usaha selain kesalinghubungan untuk komuniti terjejas banjir
Usaha mitigasi rangkaian dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan kesalinghubungan seperti meningkatkan platform peralatan dan pengunaan genset.

95 hospital swasta setuju bantu rawat pesakit COVID-19 - Dr Noor Hisham
95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.

Kerajaan cuba sebaik mungkin elak pelaksanaan PKP sepenuhnya - MoF
Negara tidak mampu untuk menangani krisis ekonomi yang lebih serius dan berpanjangan.

Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300
Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas.

Tempahan Proton melalui pihak ketiga tidak sah
Pengeluar kenderaan pertama negara itu memaklumkan, ia hanya menerima tempahan menerusi rangkaian jualan Proton rasmi.

Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut
SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020.

Proton X50 terima sambutan menggalakkan
Proton X50 yang begitu dinanti-nantikan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak previu awalnya di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50
Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan mempunyai satu lagi mod khas.

Proton X50 sedia beraksi, khabarnya harga jualan bermula sekitar RM75,000...
Video iklan Hari Merdeka Proton pada 31 Ogos lalu, seakan memberi bnayangan bahawa Proton X50 Segmen B itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi!

Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan
Dua model itu bakal menjadi pengeluaran pertama menggunakan kepakaran Proton sepenuhnya selepas jenama itu diambilalih oleh syarikat Geely.

Proton terima 20,000 tempahan X70
Proton berkata sejak dilancarkan pada 12 Disember 2018, Proton sudah menyerahkan seumlah 6,927 unit.