Barisan Nasional (BN) yakin mengekalkan kuasa persekutuan dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya yang menyaksikan pertembungan paling banyak penjuru dalam sejarah politik negara, menurut kaji selidik oleh firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center.
Tinjauan mendapati bahawa BN akan memenangi 100 daripada 222 kerusi parlimen dengan 37 kerusi menunjukkan persaingan sengit sementara Pakatan Harapan (PH) dijangka menang 83 kerusi dan Pas hanya tinggal dua kerusi parlimen.
"Berdasarkan dapatan tinjauan dan proses pilihan raya yang berjalan lancar pada 9 Mei 2018, kami mendapati BN mengekalkan kelebihan kerusi yang lebih besar daripada parti yang menjadi saingan, PH and PAS," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan pada Selasa.
Merdeka Center berkata sehingga tengah hari semalam, sokongan pengundi Melayu kepada BN ialah 44.3 peratus sementara PH (27.6 peratus) dan Pas (28.1 peratus) manakala sokongan kaum Cina kepada BN ialah 15.8 peratus, PH (84.2 peratus) dan Pas hanya mendapat sokongan daripada sebilangan kecil pengundi.
Kenyataan itu berkata BN juga mendapat sokongan 41.3 peratus masyarakat India sementara PH dan Pas, masing-masing mendapat 56.5 peratus dan 28.1 peratus.
Bagaimanapun, tinjauan pendapat itu menyatakan keadaan boleh berubah dalam tempoh 12 jam terakhir kempen.
Kaji selidik juga mendapati bahawa tiga isu utama yang dianggap paling penting bagi pengundi ialah kebimbangan ekonomi pada 43 peratus diikuti tadbir urus yang baik (perangi rasuah) pada 21 peratus dan kelemahan kepimpinan pada 8 peratus.
Merdeka Center berkata PRU14 berkisar kepada bantahan pengundi terhadap Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup, selaras dengan kelemahan tadbir urus.
Isu kos sara hidup dan tadbir urus adalah kebimbangan utama di kalangan pengundi, kata Merdeka Center.
Menurut tinjauan pendapat itu, pengundi Melayu menyatakan kebimbangan tertinggi mengenai isu ekonomi (46 peratus) diikuti isu tadbir urus yang baik (17 peratus) sementara pengundi Cina memberi penekanan yang sama kepada isu ekonomi (37 peratus) dan isu rasuah (35 peratus).
Sementara itu, pengundi kaum India juga juga melahirkan kebimbangan pada tahap tinggi terhadap isu ekonomi (43 peratus) dan menekankan tentang perlunya layanan lebih baik kepada masyarakat India pada 15 peratus.
Sebaliknya, pengundi muda, mereka yang berumur bawah 40 tahun, lebih prihatin terhadap perkara-perkara berkaitan tadbir urus yang baik dan kepimpinan, sementara pengundi berumur 40 tahun ke atas menyatakan sedikit kebimbangan terhadap hak-hak komunal (11 peratus).
Merdeka Center berkata responden dipilih berdasarkan rawak membabitkan etnik, jantina dan kawasan parlimen.
"Temubual dijalankan dalam bahasa yang menjadi pilihan responden. Kaji selidik ini dibiayai secara dalaman oleh Merdeka Center for Opinion Research untuk dihebahkan kepada umum," kata Merdeka Center.
Firma itu berkata kaedah pemodelan pilihan raya adalah berdasarkan tinjauan peringkat kebangsaan dan negeri, ditambah dengan corak mengundi etnik yang khusus, anggaran jumlah pengundi yang keluar mengundi dan faktor penyelarasan untuk kekuatan parti dan kualiti calon.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 08 2018
Menurut Merdeka Center, sehingga tengah hari Selasa, sokongan pengundi Melayu kepada BN ialah 44.3 peratus sementara PH (27.6 peratus) dan Pas (28.1 peratus). - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.