awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keberkesanan amaran bencana, pendakwaan syariah antara tumpuan Dewan Rakyat
Sekurang-kurangnya enam maut ketika ribut musim sejuk lumpuhkan AS
Bangladesh kecam India susulan ucapan awam pertama bekas PM Hasina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: MAB tawar pengecualian caj penukaran penerbangan

Faiq Chong
Faiq Chong
10/04/2018
13:43 MYT
PRU14: MAB tawar pengecualian caj penukaran penerbangan
Pengecualian berkenaan dikenakan untuk semua jenis tiket untuk tarikh penerbangan masuk atau keluar antara 8 hingga 10 Mei. - Gambar fail
Malaysia Airports Berhad (MAB) menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan untuk tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan Maswings sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.
Menurut kenyataan MAB, pengecualian itu bertujuan memudahkan rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU14 yang akan datang.
Pengecualian berkenaan dikenakan untuk semua jenis tiket untuk tarikh penerbangan masuk atau keluar antara 8 hingga 10 Mei.
“Hanya satu perubahan penerbangan yang dibenarkan serta mesti dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula pada hari ini.
“Penumpang dibenarkan menangguhkan tarikh perjalanan mereka sehingga dua bulan dari tarikh asal perlepasan,” menurut MAB dalam kenyataan itu.
Semua tambang subclass dan surcaj bermusim dikenakan mengikut peraturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.
Pelanggan boleh melakukan perubahan tempahan di pejabat tiket syarikat penerbangan atau menghubungi Pusat Panggilan Malaysia Airlines atau MASwings di talian 1300-88-3000 atau Pusat Panggilan Firefly di talian +603-7845-4543.
Topic Berkaitan
#Firefly
#Malaysia Airlines
#Malaysia Aviation Group
#Malaysia Memilih
#MASWings
#penerbangan
#pengecualian caj penukaran penerbangan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan