MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam dua pilihan raya umum sebelum ini, kata presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata parti itu telah melalui transformasi dan kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kami telah mengalami dua kegagalan (pada 2008 dan 2013), dan saya yakin kali ini kami bersedia untuk mengatasinya. Ini amat penting bagi kami," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di sini hari ini.
Dalam pilihan raya umum 2008, MCA hanya berjaya mengekalkan 15 kerusi parlimen daripada 40 kerusi yang ditandingi, dan kalah semua kerusi parlimen di Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.
Pada pilihan raya umum 2013 pula, parti itu hanya memperoleh tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri, yang disifatkan sebagai kegagalan terbesar MCA.
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-64 pada Sabtu dan Ahad ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan AGM berkenaan.
Antara topik yang akan dibincangkan dalam perhimpunan agung itu adalah jentera pilihan raya parti, sumbangan MCA kepada rakyat dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata MCA menyambut baik bajet yang dibentangkan perdana menteri pada Jumaat lepas.
"Kami percaya bajet itu akan terus merancakkan ekonomi negara, memperkasa Perusahan Kecil dan Sederhana serta mempertingkatkan sektor digital selain logistik," kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2017
MCA bersedia menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam dua pilihan raya umum sebelum ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.