DUNIA
WHO hantar bekalan darah, peralatan perubatan ke hospital di seluruh Gaza

Dua hari lepas, WHO telah berjaya memudah cara kemasukan beberapa trak tambahan yang membawa ubat-ubatan dan bekalan perubatan. - Reuters
RAMALLAH: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijadual menghantar beberapa trak yang membawa bekalan darah dan peralatan perubatan ke hospital di seluruh Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
Sumber itu mengesahkan bahawa bantuan yang akan tiba itu, walaupun amat diperlukan, tidak termasuk sebarang bekalan makanan. Barangan perubatan itu dianggap penting untuk meneruskan perkhidmatan menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi merawat mangsa yang cedera dan pesakit kronik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami