awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

180 rakyat Palestin maut akibat kebuluran dan malnutrisi kronik di Gaza

Bernama
Bernama
04/08/2025
10:37 MYT
180 rakyat Palestin maut akibat kebuluran dan malnutrisi kronik di Gaza
Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing akibat sekatan berterusan dan kekurangan bekalan makanan serta ubat-ubatan yang amat kritikal. - AP
GAZA: Angka kematian akibat kebuluran di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 180 orang, termasuk 83 kanak-kanak.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan melaporkan bahawa angka berkenaan termasuk lima orang dewasa yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat kebuluran dan malnutrisi.
Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing akibat sekatan berterusan dan kekurangan bekalan makanan serta ubat-ubatan yang amat kritikal.
Sejak 2 Mac 2025, pihak berkuasa penjajah menutup sepenuhnya semua pintu masuk ke Semenanjung Gaza, menyekat kemasukan kebanyakan bantuan makanan dan perubatan, sekali gus mempercepatkan kebuluran di seluruh wilayah itu.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa kadar malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun meningkat dua kali ganda antara Mac hingga Jun susulan sekatan yang berterusan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#kebuluran
#Gaza
#malnutrisi
#genosid
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan