Kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre menunjukkan seramai 87 peratus pengundi Melayu memberitahu akan keluar mengundi, tiga peratus tidak mahu mengundi dan 11 peratus masih belum membuat keputusan.
Sebanyak 76 peratus dari msyarakat Cina juga menyatakan hasrat untuk keluar mengundi manakala 85 peratus masyarakat India memberitahu perkara yang sama.
Hasil kajian Ilham Centre itu juga mendapati pengundi kali pertama kelompok 18 hingga 20 tahun dan etnik Cina serta Bumiputera bukan Muslim mencatatkan jumlah yang tinggi belum membuat keputusan untuk keluar mengundi.
Bagi pengundi kali pertama kelompok 18 hingga 20 tahun mencatatkan 31 peratus yang masih belum membuat keputusan untuk keluar mengundi, Bumiputera bukan Muslim (20%) dan etnik Cina (18%).
Kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre itu melibatkan 1,622 respoden di seluruh negara dan ianya dilakukan secara bersemuka.
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro AWANI, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.
Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.