Usaha itu akan tetap digerakkannya sebaiknya sehingga sampai waktunya nanti untuk disambung generasi penerus.
“Soal 'do or die' ini hanya kenyataan-kenyataan gimik politik yang bagi saya tak bermakna.
“Kita ada peranan, kita teruskan, sampai waktunya generasi penerus harus punyai idealisme untuk mempertahankan prinsip (yang telah dimulakan dan digerakkan),” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi penyertaan kelapan Anwar dalam pertandingan demokrasi tanah air, bermula dengan PRU6 pada 1982 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2018, beliau bertanding di Port Dickson setelah kerusi Parlimen itu dikosongkan oleh Danyal Balagopal Abdullah yang memenanginya atas tiket PKR dalam PRU14.
Kali ini, beliau beralih ke Tambun untuk merampas kerusi itu yang dipegang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.