awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ahmad Zahid nafi dakwaan calon pilihan raya tanda tangan surat sokongan

Bernama
Bernama
01/11/2022
08:31 MYT
PRU15: Ahmad Zahid nafi dakwaan calon pilihan raya tanda tangan surat sokongan
Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon PRU15 diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan BN memenangi pilihan raya. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.
"Itu tipu," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN enggan mengulas mengenai spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang akan digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen itu.
"Tunggulah pengumuman malam ini kalau nak penjelasan mengenai spekulasi itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes bela dirinya di Mahkamah Tinggi hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Shahidan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa, Bilik Gerakan BN Arau ditutup malam tadi sebelum PRU15.
"Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera diturunkan. Kali pertama dalam sejarah," katanya dalam hantaran itu.
Media sebelum ini melaporkan desas desus bahawa nama Shahidan dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, tidak tersenarai sebagai calon pada PRU15. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#surat sokongan
#Shahidan Kassim
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan