PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, bersedia dan berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika diputuskan sebagai calon UMNO.
"Sebenarnya ramai, bukan saya sahaja (ingin jadi calon). Kalau kita ada keinginan untuk berkhidmat maka ada keinginan untuk menjadi calon.
"Itu keinginan tetapi sama ada jadi calon mewakili parti, partilah akan menentukan bukan kita," kata Ketua UMNO Ketereh itu sambil menjelaskan kedudukan itu hanya akan diputuskan oleh 'Top Five' UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di kementeriannya, di sini, hari ini.
'Top Five' merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt lalu untuk memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada PRU14 lepas, Annuar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), mengekalkan kerusi Parlimen Ketereh apabila menang dengan majoriti 4,626 undi mengalahkan calon Pas, Allahyarham Wan Ismail Wan Jusoh dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Radzi Jidin.
Annuar berkata, UMNO Ketereh telah melaksanakan gerak kerja di semua peringkat bagi menghadapi PRU15.
"Dari segi kesiapsiagaan, saya percaya UMNO dan BN berada di barisan hadapan dari segi gerak kerja dan sebagainya. Kita mempunyai acuan kerja dan kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang telah lama kita amalkan," katanya. - BERNAMA
* Sempena PRU15 yang bakal berlangsung, Astro AWANI mempelawa pembaca untuk menyertai kaji selidik di laman web undi.astroawani.com.
Bernama
Tue Oct 18 2022
Tan Sri Annuar Musa, bersedia dan berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika diputuskan sebagai calon UMNO. - Gambar BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).