KUALA LUMPUR: Kes isu fitnah membabitkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli terhadap Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan projek tebatan banjir dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kes berkenaan.

"Kami sahkan telah menerima laporan itu dan ia dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

BACA: PRU15: Rafizi dedah surat didakwa bukti kelulusan projek RM2 bilion secara rundingan terus

BACA: Tuan Ibrahim akan fail saman fitnah terhadap Rafizi

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam proses menganugerahkan projek berkenaan yang bernilai RM2 bilion secara rundingan terus ketika kerajaan semasa sudah dibubarkan.

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan pula menyatakan telah mengarahkan peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung dakwaan tersebut.

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos

SEMAK SENARAI CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI