awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/11/2022
16:45 MYT
PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya
Pada PRU14, Radzi Jidin (kanan) bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Tan Sri Annuar Musa dan kemudiannya dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang sebelum ini yakin dapat menguasai undi anak muda di kerusi itu, tewas dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pencabarnya, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin daripada Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh 16,002 undi sekali gus memperolehi majoriti 2,310 undi mengalahkan Ku Nan yang mendapat 13,692 undi.
Selain Ku Nan, antara pesaing yang tidak berjaya menawan Putrajaya adalah Noraishah Mydin Abdul Aziz daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang), Samsudin PKPKL (Bebas) dan Lim Fice Bee (Bebas).
Radzi pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Tan Sri Annuar Musa dan kemudiannya dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018.
Pada PRU14, Ku Nan yang juga penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal mengekalkan kerusi tersebut apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Samsu Adabi Mamat.
Seramai 47,886 pengundi berdaftar layak mengundi bagi Parlimen Putrajaya pada PRU15 di mana 53 peratus daripadanya adalah anak muda berusia 18 hingga 39 tahun yang mewakili seramai 25,415 pengundi.
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#Tengku Adnan
#PRU15
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan