awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pemergian Karupaiya kehilangan besar dunia politik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/11/2022
10:30 MYT
PRU15: Pemergian Karupaiya kehilangan besar dunia politik
Kematian M Karupaiya hari ini bukan hanya satu kehilangan besar untuk keluarga, bahkan rakan-rakan seperjuangan dalam gelanggang politik turut merasainya. - Gambar BERNAMA
PADANG SERAI: Kematian penyandang yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya hari ini bukan hanya satu kehilangan besar untuk keluarga, bahkan rakan-rakan seperjuangan dalam gelanggang politik turut merasainya.
Bagi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen berkenaan, Datuk Sivarraajh Chandran, pemergian rakannya itu amat mengejutkan beliau.
Kesedihan juga, kata Sivarraajh, tambah berganda kerana dia dan mendiang akan bersama-sama bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan dua hari lagi. Saya juga mengucapkan takziah kepada penyokong Karupaiya.
“Mendiang adalah seorang bekas tentera yang menghabiskan hidupnya dalam perkhidmatan awam dan dunia politik. Ia sememangnya satu kehilangan yang besar dan tidak disangka-sangka kepada penduduk Padang Serai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mendiang Karupaiya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim pada jam 2.27 petang tadi akibat serangan jantung.
Mendiang dimasukkan ke Hospital Kulim pada Isnin lalu, selepas mengadu sakit di bahagian perut.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon PKR Padang Serai
#M Karupaiya
#M Karupaiya meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan