awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pemuda UMNO Shah Alam tolak kerjasama politik tubuh kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2022
22:30 MYT
PRU15: Pemuda UMNO Shah Alam tolak kerjasama politik tubuh kerajaan
Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, keputusan itu diambil selaras dengan Persidangan Agung UMNO 2020 yang memutuskan 'No DAP, No PKR dan No Bersatu'. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam menolak parti itu bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti untuk membentuk kerajaan.
Ketuanya, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, keputusan itu diambil selaras dengan Persidangan Agung UMNO 2020 yang memutuskan 'No DAP, No PKR dan No Bersatu'.
Sehubungan itu, katanya, pemuda bahagian itu mencadangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pembangkang memandangkan rakyat telah menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kami juga mendesak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dengan segera membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat Malaysia yang telah memberikan mandat dalam PRU15," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Isnin, beberapa pemimpin dan ahli Parlimen dari PH dan BN mengadakan pertemuan di sebuah hotel bagi membincangkan mengenai kerajaan gabungan, selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Mohd Dendera Billah Zamzuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan