Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor. Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar, berkata Selangor adalah negeri yang sangat terbuka dan menerima sesiapa sahaja untuk memberi khidmat baktinya di sini.
"Kita bukan seperti negeri-negeri lain yang mempunyai semangat kenegerian begitu tebal yang tidak begitu baik pun dan nilai 'international' itulah yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang maju sekarang," katanya kepada memberita selepas merasmikan Majlis Perluasan Sistem Smart Box ke Pejabat Daerah dan Tanah Selangor di sini, hari ini.
Malam ini, PKR dijadual akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRU15 bagi Pakatan Harapan (PH), selain, pada Rabu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan untuk meletakkan Amirudin menentang penyandang kerusi Parlimen Gombank, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali, yang menyatakan Menteri Besar Selangor itu ada menghubunginya dan memberitahu akan dicalonkan di Gombak, Amirudin mengesahkan perkara tersebut.
"Kita berurusan secara profesional, sebelum itu adalah berbasa-basi, tetapi tidaklah saya bongkarkan rahsia parti. Kita perlu berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk memastikan pelaburan dan hasil negeri, ia bukan satu kesalahan jenayah pun," katanya.
Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial berkenaan ucapan Azmin Ali mendakwa Amirudin ada menghubunginya dan memaklumkan Menteri Besar itu diarah untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.
-- BERNAMA