awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Rukun Negara harus jadi pegangan pembentukan kerajaan gabungan - Dr Faiz Naaman

Israr Khalid
Israr Khalid
27/10/2022
02:00 MYT
PRU15: Rukun Negara harus jadi pegangan pembentukan kerajaan gabungan - Dr Faiz Naaman
Pada akhirnya, pembentukan kerajaan itu adalah untuk membawa negara ke tahap yang lebih baik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kepentingan parti harus diketepikan dan rakyat serta negara perlu diletakkan sebagai keutamaan dalam membentuk kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Tegas Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, Rukun Negara dan Perlembagaan harus menjadi asas tertinggi dalam mencari titik persamaan antara parti yang berunding.
Beliau mengakui sentimen kepartian itu menebal dan masing-masing didorong semangat kepartian, namun apabila keadaan itu berlaku, kemaslahatan rakyat dan negara perlu menjadi matlamat utama.
“Bila tiba saat seperti itu yang bagi saya satu keadaan yang unik dan tak pernah berlaku dalam negara, ia akan menuntut semua pihak untuk menjadi rasional - saya harap begitulah.
“Oleh kerana itu maka perundingan dengan pihak-pihak yang bukan dianggap sebagai sekutu slama ini untuk membentuk kerajaan campuran, jadi kita kena ada asas-asas rujukan yakni Rukun Negara dan Perlembagaan,” katanya dalam program Dialog Bipartisan pada Rabu.
Dr. Muhammad Faiz sedar bahawa Rukun Negara itu pun mempunyai tafsiran yang pelbagai mengikut fahaman politik masing-masing, namun persamaan harus dicari demi matlamat yang sama.
“Bila kita betul-betul niat untuk bergerak ke hadapan, kita kena ada rujukan dan ada batas-batasnya yang kita kena santuni, baru kita boleh memulakan rundingan.
“Benda ini memang agak rumit tapi tak mustahil.”
PRU15: Rukun Negara harus jadi pegangan pembentukan kerajaan gabungan - Dr Faiz Naaman
Topic Berkaitan
#Dialog Bipartisan
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan