NATIONAL
PRU15: Sebahagian mangsa banjir di Dengkil mungkin tidak mengundi esok

Keadaan semasa banjir di Kampung Cemperai, Dengkil. -Astro AWANI
DENGKIL: Sebahagian mangsa banjir di daerah Dengkil mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini disebabkan sebilangan mereka terpaksa menguruskan kediaman serta keluarga yang masih terjejas akibat banjir sejak semalam.

"Tak mengundilah, nak mengundi macam mana kalau dah macam ni. Rumah tu pun masih lagi ditenggelami air.
"Kalau ikutkan memang dah rancang nak balik, tapi bila dah jadi macam ni, memang tak boleh buat apa dah," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pagi tadi.

"Memang kecewa, banjir kat situ bukan baru sekali berlaku tapi tiap-tiap tahun. Bukan mereka tak tahu puncanya.
"Alasan yang diberi tahu sama sahaja sedangkan mereka boleh usahakan dan perbaiki sungai dan ban tersebut sebelum ini," kata Rosnani.
Bagaimanapun, ada sebahagian mangsa memilih menunaikan tanggungjawab mengundi, namun akan mempertimbang sebaik mungkin calon diundi selepas apa yang berlaku dan situasi yang melanda.

"Insya-Allah saya akan keluar (mengundi) esok, tapi tengoklah nanti siapa yang perlu saya undi. Banjir ni dah berkali-kali tanpa sebarang usaha untuk diperbaiki.
"Kita nak undi mereka yang tolong dan bantu masa kita susah. Pihak yang ada masa kita terpaksa lalui kesusahan begini," katanya lagi.
Seramai 63 mangsa banjir daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS tersebut sejak semalam.
Bagaimanapun, tinjauan yang dibuat mendapati sebahagian kawasan yang dinaiki air semalam mula menunjukkan tanda-tanda akan surut, manakala sebahagian lain masih lagi digenangi air.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami