awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Sekeluarga datang mengundi, seperti sambut hari raya

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/11/2022
11:31 MYT
PRU15: Sekeluarga datang mengundi, seperti sambut hari raya
Hari mengundi tahun ini amat bermakna bagi sebuah keluarga di Kampung Batu 7, Ijok, kerana dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab kepada negara itu. - Astro AWANI
KUALA SELANGOR: Hari mengundi tahun ini amat bermakna bagi sebuah keluarga di Kampung Batu 7, Ijok, di sini kerana dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab kepada negara itu.
Kesemua sembilan beranak dilihat ceria selepas selesai mengundi bagi Parlimen Kuala Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok pada pagi Sabtu.
Bukan sahaja dapat mengundi, malah, pengundian kali ini dianggap meriah, semeriah Hari Raya Aidilfitri.
Bagi Suriati Muharom, 58, dia teruja kerana dapat membawa tiga anaknya, tiga anak saudara dan dua adik beradik perempuannya sekali gus menaiki sebuah kenderaan ke pusat mengundi.
Katanya, inilah masanya untuk bergembira dan rasa teruja, lebih-lebih lagi sebahagian ahli keluarga yang bekerja di luar negeri dapat pulang mengundi bersama-sama.
"Kebetulan hari mengundi sama dengan hari pernikahan di rumah, jadi memang meriah dengan semua orang balik berkumpul.
"Kita anggap ini sebagai undi raya. Jadi, kami berayalah," katanya semasa ditemui Astro AWANI di pusat mengundi di SK Ijok pada Sabtu.
Kepada mereka yang masih belum mengundi, Suriati berharap segera menunaikan tanggungjawab itu bagi memilih wakil rakyat yang bakal mewakili mereka.
"Pengundian berjalan lancar. Kami memang sejak dari pagi tadi memang tak sabar nak mengundi.
"Setiap kali mengundi kami akan datang sekali beramai-ramai anak-beranak dengan menaiki sebuah kereta.
"Kami sayangkan negeri kami, kami nak sama-sama mengundi nak sama-sama supaya dapat wakil yang boleh bantu kami," katanya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Kuala Selangor
#pusat mengundi
#Undi Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan