KUALA SELANGOR: Semua parti politik perlu bersedia dan membuat perancangan yang rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .
Menurut Perdana Menteri, tempoh berkempen selama 14 hari seperti ditetapkan SPR merupakan jangka masa yang ideal untuk setiap parti politik berkempen.
"(Tempoh) 14 hari (berkempen) cukup… dulu pun 14 hari, ada masa kurang 14 hari, parti politik kena rancang perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa.
"Kalau terlampau lama tidak boleh juga, penat. SPR telah tentukan, kita akur dengan SPR," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) Negeri Selangor, di sini, pada Khamis.
Mengulas persiapan dan senarai nama calon PRU15 bagi UMNO, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat pengumuman berkenaan tidak lama lagi.
"Saya nak bertanding di Bera tapi tunggu pengumuman. Itu (nama-nama calon) akan diumumkan oleh parti, Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) akan umumkan atau mungkin Pengerusi Perhubungan Negeri akan umumkan. Itu tidak tahu lagi," katanya.
Mengenai calon wanita pula, tambah penyandang kerusi Parlimen Bera itu, UMNO telah membuat keputusan agar 30 peratus penyertaan wanita Barisan Nasional (BN) diberikan dalam PRU15.
"Dari segi UMNO, Presiden parti sudah umumkan kita pastikan wanita kita dapat 30 peratus dari segi penerimaan mereka dalam pilihan raya.
"Penyertaan dalam politik termasuk Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), (pelantikan) Senator jadi semua sekali dan wanita bermakna bukan wanita UMNO sahaja tapi wanita BN," jelasnya lagi.
Terdahulu, SPR mengumumkan hari mengundi bagi PRU15 ditetapkan pada 19 November depan.
Turut diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ialah, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Fareez Azman
Thu Oct 20 2022
Semua parti politik perlu bersedia dan membuat perancangan yang rapi bagi menghadapi PRU15 seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada Khamis, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Astro AWANI
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.