awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Terlalu awal untuk bercakap mengenai penggabungan - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/11/2022
14:45 MYT
PRU15: Terlalu awal untuk bercakap mengenai penggabungan - Ismail Sabri
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan untuk bergabung dengan pakatan-pakatan politik lain harus dibuat secara kolektif dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional, bukannya dengan mana-mana individu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai gabungan politik yang akan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak memperoleh kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bukan sahaja terlalu awal, bahkan, kata Perdana Menteri, keputusan untuk bergabung dengan pakatan-pakatan politik lain juga harus dibuat secara kolektif dengan pucuk pimpinan BN, bukannya dengan mana-mana individu.
"Individu tidak berhak untuk menentukan dengan siapa kita nak bergabung selepas pilihan raya… tetapi yang pasti kita akan bersama-sama menjemput parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai contoh dan kita juga bersedia untuk bekerjasama dan akan menjemput parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN dari Sabah.
"Bagi saya apa pun kita dapat, berapa banyak kerusi sekalipun, sekalipun kita dapat 120 (kerusi) atau 130, kita mesti mempunyai parti dari Sabah dan Sarawak. Mereka tidak boleh ditinggalkan dalam gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan," kata Ismail Sabri dalam program Bual Bicara Khas Bersama Perdana Menteri: Kestabilan & Kemakmuran, yang disiarkan malam ini.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu memenangi 112 kerusi Parlimen, namun, jika itu tidak berlaku, kerajaan campuran adalah pilihan yang terbaik.
"Negara-negara yang menuju ke arah negara maju seperti kita, jarang ada satu parti yang menguasai. Biasanya, akan berlaku kerajaan campuran. Jadi kita juga bersedia dan jika kita tidak dapat melintasi 112 kerusi, maka wujudkan kerajaan campuran.
"Tetapi kalau kita hanya ada 40 kerusi, orang lain 60 kerusi, tidak mungkin lagi kita boleh mengetuai kerajaan campuran tersebut. Sebab itu, kita hendak mengetuai, sebab sasaran kita kalau boleh melintasi 112 kerusi dan boleh membentuk kerajaan. Atau tidak boleh sekalipun 80 atau 90 (kerusi), kita lebih dominan berbanding parti lain.
"Jadi kalau kita jemput mereka sertai kita, tentulah Perdana Menteri datang daripada kita. Kalau kita dapat 30 (kerusi), orang lain 80, maka orang lainlah akan menjadi Perdana Menteri," ujar Ismail Sabri lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Barisan Nasional
#PRU15
#gabungan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan