KOTA KINABALU: UMNO Sabah berada di landasan tepat untuk membentuk jentera yang lebih efisien dan berkesan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, UMNO Sabah dilihat telah memperkemaskan jentera dan memperkasa penyusunan di peringkat akar umbi.
"Insya-Allah, UMNO Sabah selepas PRN yang lalu telah memperkemaskan jentera kita dan telah menyusun semua persiapan pilihan raya di bawah (akar umbi).
"Bermakna, kita telah bersedia berhadapan dengan pilihan raya (PRU15). Bagaimanapun, kita juga akan terus mempertingkatkan usaha ke arah membentuk satu jentera yang lebih efisien dan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ditanya mengenai situasi UMNO Sabah dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang PRU15, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, perkara tersebut akan dibincangkan nanti.
"UMNO di Sabah agak berlainan sedikit dengan UMNO di Semenanjung, dan ini memerlukan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan rakan-rakan dalam GRS.
"Dan, saya akan cuba membincangkan perkara-perkara yang difikirkan dengan pendekatan GRS. Sebab, kita juga tidak mahu bertembung di antara satu sama lain, dan kita juga akan akur dengan pucuk pimpinan.
"Ini bermakna, banyak kemungkinan akan berlaku sekiranya usaha-usaha yang akan kita rancang tidak berhasil," katanya.
Jelas beliau lagi, di era politik serba dinamik, UMNO Sabah sentiasa berhadapan dengan segala kemungkinan.
Namun, beliau tetap berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan bijaksana tanpa mengundang kemudaratan bagi mana-mana pihak.
"Dalam politik, semuanya berkemungkinan, tetapi saya berharap dan saya yakin, rakan-rakan dalam GRS masih boleh dirunding dan diperbincangkan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Bung turut menasihatkan ahli dan para penyokong UMNO Sabah untuk kekal bertenang selain terus menguatkan iltizam di peringkat akar umbi untuk dizahirkan pada PRU15 nanti.
"Saya nasihatkan kepada penyokong UMNO Sabah, yang pertama ialah bertenang, kedua, perkuatkan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.
"Kalau kita kuat, siapa pun kita lawan, kita menang. Tetapi kalau kita hanya tahu menjerit, berteriak, tetapi di PDM, cawangan, Pemuda, Puteri, Wanita kita tidak kuat, umpama teriakan tin kosonglah," katanya lagi.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Mar 16 2022
Bung Moktar berkata, dalam era politik serba dinamik ini, UMNO Sabah sentiasa berhadapan dengan segala kemungkinan. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu di Sabah terutama dalam kalangan pemimpinnya.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.
Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.