awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300

Bernama
Bernama
22/06/2024
10:11 MYT
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenal kempen penstrukturan pinjaman dengan kadar serendah RM300 sebagai inisiatif menggalakkan peminjam menyelesaikan pembayaran mereka yang tertunggak.
PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen selama dua bulan bermula 1 Jun lepas hingga 31 Julai ini adalah terbuka kepada semua peminjam yang mempunyai tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
"Peminjam perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.
"Dalam tempoh kempen ini, peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan," menurut kenyataan itu.
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan sama memaklumkan kempen penstrukturan pinjaman itu akan dapat membantu mengurangkan dan mencapai tunggakan sifar sekali gus memperbaiki rekod kredit peminjam.
Beliau berkata komitmen peminjam membuat bayaran balik amat dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang sekali gus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki institusi pendidikan tinggi disebabkan masalah kewangan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000, sembang langsung di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my), platform e-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/), eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) atau menerusi saluran media sosial rasmi PTPTN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PTPTN
#ujrah
#kempen penstrukturan pinjaman
#kadar serendah RM300
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan