awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'

Bernama
Bernama
31/07/2024
13:29 MYT
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Kempen itu terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah. - Gambar FB PTPTN
KUALA LUMPUR: Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
PTPTN dalam kenyataan hari ini menyebut tempoh kempen itu dilanjutkan daripada dua bulan yang berakhir hari ini kepada empat bulan bermula 1 Jun lepas.
Kempen itu terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah.
Menurut PTPTN, peminjam perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.
"Penstrukturan semula memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur jadual bayaran balik dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.
"Selain penstrukturan, peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran Ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan semasa tempoh kempen ini," menurut kenyataan itu.
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan sama berkata pelanjutan tempoh kempen itu bagi memberi peluang kepada peminjam membuat rundingan bayaran balik dan membantu peminjam merancang semula ansuran bayaran balik demi mencapai sifar tunggakan.
"Melalui pelanjutan tempoh kempen ini, peminjam mempunyai tunggakan pinjaman boleh mengambil peluang untuk membayar tunggakan serendah RM300 dan membuat penstukturan semula pinjaman sekali gus dapat memperbaiki rekod kredit peminjam," katanya.
Peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 atau Live Chat di portal www.ptptn.gov.my bagi pertanyaan lanjut berkaitan kempen itu dan rundingan bayaran balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PTPTN
#Bayaran Balik
#potongan gaji
#ujrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan