Lebih separuh daripada 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah disenarai hitam imigresen untuk keluar negara telah datang berunding dengan PTPTN.
Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff berkata hasil daripada rundingan tersebut para peminjam berkenaan telah mula membuat bayaran balik melibatkan amaun berjumlah RM967.9 juta sehingga 31 Januari lalu.
Jelasnya, PTPTN melaksana senarai hitam imigresen di bawah Peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1197 (Akta 566) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.
"Tindakan senarai hitam ini menyebabkan peminjam dihalang dari ke luar negara, tidak dibenarkan memperbaharui pasport atau membuat pasport baharu," katanya.
Wan Ahmad bercakap kepada media selepas pelancaran Pejabat PTPTN Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching pada Sabtu.
Beliau berkata pihaknya memahami terdapat peminjam yang khuatir tidak mampu menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman mereka sehingga disenarai hitam oleh imigresen.
Namun masih terdapat ruang perbincangan antara peminjam dan PTPTN, katanya.
"Peminjan yang telah dikenakan tindakan senarai hitam imigresen dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam," katanya.
Namun sekiranya tidak mampu beliau berkata peminjam perlu berbincang dengan pihak PTPTN bagi membuat apa-apa jumlah bayaran yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetuji oleh kedua-dua pihak.
Mengenai pembukaan pejabat di KLIA2, Wan Ahmad berkata cawangan baharunya itu telah mula dibuka sejak 1 Mac lalu dan beroperasi selama 24 jam, pada setiap hari termasuk hari cuti umum.
Cawangan ini akan bertindak sebagai pemudah cara kepada sekatan yang dikenakan ke atas peminjam yang akan ke luar negara dan menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik, katanya.
Terdahulu, di majlis yang sama PTPTN melaksana kerjasama strategik dengan AirAsia dalam menggalak pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan Kad Prabayar MasterCard Big.
Melalui kolaborasi ini, AirAsia menawarkan bagi setiap RM2 bayaran balik pinjaman PTPTN, pemegang kad akan mendapat satu mata ganjaran yang boleh dikumpul untuk penebusan tiket penerbangan AirAsia atau bilik penginapan hotel-hotel terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
PTPTN melaksana senarai hitam imigresen di bawah Peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1197 (Akta 566) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.