awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui pelbagai kaedah

Bernama
Bernama
11/04/2025
20:00 MYT
PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui pelbagai kaedah
PTPTN akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pendekatan penuh empati yang dilaksanakan PTPTN adalah bagi memastikan semua ruang diberikan kepada peminjam untuk melunaskan hutang, selari dengan nilai teras Malaysia MADANI iaitu Ihsan.
"Ini juga bagi memastikan pendidikan tinggi di negara ini kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
"Justeru, kementerian menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula kadar pinjaman serta terma pembayaran balik hutang PTPTN bagi membantu peminjam dengan lebih baik, selain menangani isu hutang tertunggak yang tinggi," menurut kenyataan itu.
Menurut KPT, hutang keseluruhan PTPTN ketika ini mencecah RM40 bilion, manakala hutang tertunggak berjumlah RM11 bilion.
KPT turut menyedari keluhan pelajar dan sedang meneliti secara menyeluruh kemampanan serta kedudukan kewangan PTPTN dalam usaha mengkaji semula kadar pinjaman yang ditawarkan.
"KPT melalui institusi pengajian tinggi masing-masing turut peka dan menyediakan bantuan sewajarnya kepada pelajar yang berkeperluan dan menghadapi kesukaran sepanjang pengajian," katanya.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya sempena program 'Meet Anwar@UIAM: A Special Homecoming' di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak, berkata kerajaan sedang menimbangkan kajian semula kadar pinjaman dan terma bayaran balik PTPTN demi membantu peminjam serta menangani isu tunggakan pinjaman yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PTPTN
#bantu peminjam
#bayar hutang
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan