awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTTI kukuhkan peranan dalam pendidikan, lancar cawangan baharu di Shah Alam

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
24/08/2025
11:51 MYT
PTTI kukuhkan peranan dalam pendidikan, lancar cawangan baharu di Shah Alam
Cikgu Fana (lima, kiri) di Pembukaan cawangan PTTI ketiga di Shah Alam pada Sabtu. - Foto PTTI Group Sdn Bhd
SHAH ALAM: Pusat peningkatan akademik (PTTI) tampil dengan pendekatan berbeza menggabungkan konsep edutainment dalam pembelajaran, menjadikan sebagai motivasi tambahan untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ringkasan AI
  • Pusat peningkatan akademik (PTTI) tampil dengan pendekatan berbeza menggabungkan konsep edutainment dalam pembelajaran, menjadikan sebagai motivasi tambahan untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata pendekatan element itu menampilkan artis sebagai ikon bagi memberi inspirasi serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
  • Subjek kritikal seperti Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi sering dianggap sukar. Dengan hiburan sebagai motivasi, pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan capai keputusan cemerlang,- katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata pendekatan elemen itu menampilkan artis sebagai ikon bagi memberi inspirasi serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
“Subjek kritikal seperti Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi sering dianggap sukar. Dengan hiburan sebagai motivasi, pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan capai keputusan cemerlang,” katanya.
Selain itu, PTTI turut menggabungkan pembelajaran fizikal dan dalam talian melalui aplikasi PTTI Better Result, berasaskan formula kejayaan lebih 10 tahun yang telah membantu ratusan ribu pelajar.
Dalam pada itu, kejayaan pusat tuisyen berkenaan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Most Straight A’s SPM Students in a Tuition” dan “Most Straight A’s Obtained by a Tuition” dengan melahirkan 400 pelajar dengan Gred A dalam semua mata pelajaran bagi peperiksaan awam SPM, sekali gus merekodkan 18,432 Gred A terkumpul bagi SPM 2025.
“Setakat tahun ini, lebih 10,000 pelajar aktif bersama kami. Sejak 2021 pula, PTTI telah membantu lebih 800,000 pelajar SPM di seluruh Malaysia. Baru-baru ini, kami turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai pusat tuisyen dengan bilangan pelajar paling ramai memperoleh keputusan straight A dalam SPM,” katanya.
Antara barisan Ikon PTTI dan guru PTTI di Majlis Pembukaan cawangan PTTI ketiga di Shah Alam pada Sabtu. - Foto PTTI Sdn Bhd
Antara barisan Ikon PTTI dan guru PTTI di Majlis Pembukaan cawangan PTTI ketiga di Shah Alam pada Sabtu. - Foto PTTI Sdn Bhd
Beliau berkata demikian di majlis perasmian pembukaan cawangan ketiga PPTI di Shah Alam pada Sabtu.
Cawangan PTTI ketiga itu dibuka selepas melihat permintaan tinggi daripada pelajar dan ibu bapa sejak 2019. Sempena pembukaan ini, kelas persediaan percuma untuk calon SPM turut dianjurkan, diikuti program persiapan akhir pada Oktober depan.
Sempena pembukaan cawangan yang ketiga: Seminar Shortcut Last Minute SPM turut diadakan secara percuma untuk pelajar seluruh malaysia yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Topic Berkaitan
#PTTI Group Sdn Bhd
#pusat tuisyen
#SPM
#Edutainment
#Malaysia Book of Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan