awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PU Riz, PU Amin mampu tarik anak muda dalam bidang pengurusan umrah, haji - YEG Academy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/04/2022
09:10 MYT
PU Riz, PU Amin mampu tarik anak muda dalam bidang pengurusan umrah, haji - YEG Academy
Pemilihan PU Riz dan PU Amin sebagai pensyarah kanan Kolej Antarabangsa Inovatif dalam program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, adalah demi menarik lebih ramai anak muda dalam bidang berkenaan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Pemilihan dua selebriti pendakwah terkenal, PU Riz dan PU Amin sebagai pensyarah kanan Kolej Antarabangsa Inovatif dalam program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, adalah demi menarik lebih ramai anak muda dalam bidang berkenaan.
Pengasas YEG Academy (M) Sdn Bhd Hasan Ithnin berkata, dengan penyertaan kedua-dua tokoh berkenaan, ia dapat menyemarakkan lagi penyertaan anak muda dalam program tersebut, yang turut menyediakan praktikal di Mekah dan Madinah.
Katanya lagi, PU Amin, atau nama sebenarnya Mohd Amirul Amin Maula Lokman Hakim, sudah tiga tahun bersama kolej berkenaan, manakala PU Riz atau Haris Ismail, baru saja ditawarkan jawatan berkenaan.
“PU Amin merupakan antara terawal bersama kami dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, beliau sudah tiga tahun bersama dengan kita.
“Terbaharu kita ambil PU Riz sebagai pensyarah kanan, kita nak pengaruh beliau untuk anak-anak kita di Malaysia, supaya lebih berminat ke arah program-program berbentuk seperti ini,” katanya lagi.
Hasan berkata demikian kepada sidang media sempena pelancaran Kempen YEG Pesta Sambung Belajar #JanganSalahPilihBidang di sini hari ini.
Dalam kenyataan media yang disertakan, YEG Academy berkata, program tersebut mendapat sokongan pemain industri seperti syarikat pelancongan Islamik seperti Andalusia Travel and Tours, dan Simply Umrah bagi tujuan praktikal.
Selain itu, wakil muassasah Malaysia di tanah Arab, Ismailiah Enterprise turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan YEG Academy bagi menyediakan bimbingan untuk memastikan pelajar di bawah Fakulti Pengajian Antarabangsa kolej itu menjadi graduan profesional dalam bidang berkenaan.
Topic Berkaitan
#YEG Academy
#PU Riz
#PU Amin
#diploma pengurusan haji dan umrah
#Mohd Amirul Amin Maula Lokman Hakim
#Haris Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan