BUTTERWORTH:Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki yang didakwa melakukan kesalahan menganiaya anjing peliharaannya pada Mac tahun lalu.
Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas tertuduh berusia 51 tahun gagal hadir pada perbicaraan kes yang berlangsung hari ini.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, pihaknya dimaklumkan, tertuduh yang bekerja sambilan tidak dapat hadir kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam dan mengalami kecederaan, namun memberitahu akan menghantar wakilnya.
Bagaimanapun, wakilnya juga gagal hadir menyebabkan Pegawai Pendakwa Roziman Awang Tahrin memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas tertuduh.
Hakim Noor Aini Yusof kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Feb depan.
Dalam kejadian pada 16 Mac tahun lalu, tertuduh dipercayai menganiaya anjing peliharaannya dengan memukul, mencekik dan melemparkan haiwan itu ke dinding hingga mengalami kesakitan di rumahnya di Taman Sentosa, Nibong Tebal.
Kejadian lebih kurang jam 11. 25 pagi itu disedari jiran di belakang rumahnya yang kemudian mengambil video dan melaporkan kepada pihak JPV untuk tindakan lanjut.
Pihak JPV kemudian ke lokasi untuk membuat siasatan dan menyelamatkan anjing baka tempatan berwarna putih itu.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 04 2021
Anjing baka tempatan yang diselamatkan JPV. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pukul, cekik dan lempar anjing: Mahkamah keluar waran tangkap ke atas lelaki
Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas tertuduh berusia 51 tahun gagal hadir pada perbicaraan kes yang berlangsung hari ini.
Kerani pentadbiran didenda RM30,000 kerana aniaya dua ekor anjing
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda manakala hak penjagaan anjing yang masih hidup pula dilucutkan.