awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul isteri dengan bakul baju, lelaki berdepan 10 tahun penjara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
18/03/2019
10:53 MYT
Pukul isteri dengan bakul baju, lelaki berdepan 10 tahun penjara
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Delaila Daud, 35 tahun, dengan memukul mangsa menggunakan sebuah bakul baju.
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan sebuah bakul baju bulan lalu.
Tertuduh, Uzair Abd Kadir, 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Delaila Daud, 35 tahun, dengan memukul mangsa menggunakan sebuah bakul baju.
Tindakan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah pangsa Pantai Peringgit, Melaka, kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari lepas.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326(a) akta sama.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu nilai itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung keluarga.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.
7 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes.
Topic Berkaitan
#mencederakan isteri
#Noor Delaila Daud
#Pantai Peringgit
#pukul isteri dengan bakul
#Seksyen 324 Kanun Keseksaan
#Uzair Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan