NATIONAL
Pukul OKU: Lima suspek ditahan, beberapa individu dikesan bantu siasatan - Polis

Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata setakat ini seramai lima lelaki telah ditahan sejak Sabtu. -Gambar fail
KEMAMAN: Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian pukul seorang lelaki OKU mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat.
- Setakat ini, lima lelaki berusia antara 18 hingga 60-an telah ditahan untuk membantu siasatan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan orang ramai diingatkan agar tidak menularkan video kejadian tersebut.
"Malam tadi kita telah menahan seorang lagi suspek yang berusia 40-an dan setakat ini lima individu telah ditahan.
"Selain itu, pihak polis turut memanggil seberapa saksi lain untuk diambil keterangan, termasuk ahli keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, ketika ini pihaknya masih lagi mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sementara itu, Wan Muhamad turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus menularkan video kejadian berkenaan serta memberi komen negatif hingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
Tambahnya, tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil jika ingkar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami