SHAH ALAM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses untuk menyita harta suspek utama kes memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata selain kesalahan mencederakan mangsa, Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
"Kita (Polis Selangor) hari ini mendapat perintah reman selama lima hari terhadap suspek utama itu.
"Siasatan masih diteruskan terutama mengenai sama ada suspek itu terbabit dengan aktiviti kumpulan kongsi gelap atau tidak.
"Saya difahamkan memang kita (Bukit Aman) dalam proses untuk menyita harta dan sebagainya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Ahad.
BACA: Pukul pengawal peribadi: Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
BACA: Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Terdahulu, perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret Klang.
Permohonan reman dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324, 506, 298 dan 307 Kanun Keseksaan masing-masing kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan, menghina Islam dan cubaan membunuh.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi cedera dipercayai selepas dipukul majikan mereka gara-gara berpuasa, di sebuah premis di Klang, pada Selasa malam.
Berikutan laporan mangsa, polis yang menjalankan siasatan menahan lima suspek termasuk majikan mereka, sekali gus membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta.
Juga dirampas, pistol serta rotan dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa dalam kejadian itu.
Astro Awani
Sun Apr 18 2021
Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret Klang. - Gambar/ Bernama
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Pukul pengawal peribadi berpuasa: Ahli perniagaan didakwa lagi
Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.
Pukul pengawal peribadi: Ahli perniagaan, pembantu mengaku tidak bersalah
Tertuduh Chung Chee Yang, 43, dan pembantu peribadinya Choo Hin Voon, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret P Sarulatha.
Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis
Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok (Khamis).
Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek
Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis mengesan kegiatan jenayah lelaki itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.