Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia terhadap republik itu berhubung Penghakiman asal pada 2008 dalam kes membabitkan kedaulatan Pulau Batu Puteh, BatuanTengah dan Tubir Selatan, menurut Kementerian Luar Singapura.
Dalam kenyataan di sini, hari ini, kementerian itu berkata bahawa Malaysia telah memaklumkan kepada ICJ pada 28 Mei, 2018 bahawa ia tidak akan meneruskan prosiding yang dimulakannya sebelum ini.
"Singapura memaklumkan kepada ICJ pada 29 Mei 2018 bahawa ia bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk tidak meneruskannya.
"Sebelum itu, Peguam Cara Malaysia telah menulis surat untuk memaklumkan kepada Peguam Negara Singapura berhubung hasrat Malaysia untuk tidak meneruskan prosiding itu dan Peguam Negara Singapura telah menjawab bagi memaklumkan akan persetujuan Singapura," kata kementerian itu.
Kes pertama membabitkan permohonan Malaysia bagi semakan semula Penghakiman asal ICJ mengikut Perkara 61, Statut ICJ, yang difailkan pada 2 Feb, 2017.
Kes kedua membabitkan permohonan Malaysia bagi interpretasi Penghakiman asal ICJ mengikut Perkara 60, Statut ICJ, yang difailkan pada 30 Jun, 2017.
Dalam surat bertarikh 29 Mei, 2018, kenyataan itu berkata ICJ memaklumkan kepada Malaysia dan Singapura bahawa Mahkamah telah merekodkan untuk tidak diteruskan, dengan persetujuan Pihak-Pihak, prosiding yang dimulakan pada 2 Feb, 2017 dan 30 Jun, 2017 oleh Malaysia terhadap Singapura, dan mengarahkan supaya kes itu dikeluarkan daripada Senarai Mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia. -Foto Reuters
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Pulau Batu Puteh: Singapura dimaklumkan Malaysia tidak teruskan prosiding
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia terhadap republik itu berhubung Penghakiman asal pada 2008
Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir
Peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.
Penyerang Mumbai 2008 jalani hukuman gantung
Penyerang Mumbai 2008 Mohammed Ajmal Amir Kasab menjalani hukuman gantung sampai mati pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini di penjara Yerwada, Pune.