Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun berkata, sebahagian besar pemilikan pulau berkenaan iaitu sebanyak 80 peratus adalah milik persendirian dan hanya 20 peratus pemilikan pulau berkenaan dimiliki Kerajan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Adly berkata, perbincangan dengan pemegang pemilikan terbesar Pulau Besar iaitu sebuah syarikat swasta masih dijalankan bagi memastikan beliau boleh membangunkan pulau itu dengan kerjasama PKNM serta MAIM dan Kerajaan Negeri tidak pernah dimaklumkan tentang khabar penjualan terbabit.
Malah katanya, kerajaan negeri juga menerima peruntukan RM500,000 bagi menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal menghasilkan reka bentuk pelan pembangunan dan pelancongan pulau terbabit pada tahun hadapan.
“Dia kalau kita lihat dari segi entiti Pulau Besar ini, kebanyakan dimiliki tiga pihak. Yang pertama adalah hampir 80 peratus daripda pulau besar itu dimiliki oleh Tan Sri Wan Azmi, 80 peratus. Berbaki sebahagiannya baki itu dikongsi oleh PKNM dan juga Majlis Agama Islam. Jadi tak timbul soal Pulau Besar ini nak dijual kepada Singapura,” katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di sini hari ini.
Hadir sama, Exco Perindustrian Perdangangan dan Pelaburan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Terdahulu, tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menerima penyerahan tunai dan aset berbentuk hartanah milik dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM144 juta.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Dec 12 2019

Tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah. - Gambar fail

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Adly Zahari dakwa Belanjawan Melaka disediakan untuk berdepan PRU15
Adly menyentuh tentang peruntukan Pejabat Ketua Menteri yang dinaikkan kepada RM5 juta berbanding RM3.15 juta ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri itu.

Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.

PH namakan Adly sebagai Ketua Pembangkang DUN Melaka
Pakatan Harapan Melaka namakan bekas Ketua Menteri, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, Adly Zahari sebagai Ketua Pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri Melaka.

Saya tidak lepaskan jawatan, sebaliknya diberhentikan - Adly
Adly Zahari menegaskan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya meskipun tidak mendapat majoriti sokongan ADUN, sebaliknya diberhentikan pada jam 4 petang Isnin.

"Saya tidak akan letak jawatan" - Adly Zahari
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil itu mengadakan perhimpunan dihadapan Kompleks Seri Negeri pada malam Isnin.

TYT Melaka tolak cadangan Ketua Menteri bubarkan DUN
Tun Mohd Khalil mendapati Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN di negeri itu.

Adly Zahari cadang TYT bubar DUN, adakan Pilihan Raya Negeri
Negeri ini tidak boleh ditentukan oleh empat orang wakil rakyat, tetapi negeri ini mesti dipulang kepada mandat rakyat negeri Melaka.

SD UMNO Melaka sudah lengkap untuk tubuh kerajaan negeri - Ab Rauf
Jelasnya, dengan jumlah SD itu beliau yakin UMNO boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu.

Melaka bakal menyaksikan kerajaan gabungan selepas Johor?
Penubuhan kerajaan gabungan UMNO, Bersatu, Pas, MIC dan beberapa parti lain di Johor mungkin akan merebak ke beberapa negeri yang kini dilanda kemelut politik.

Kemukakan SD kalau benar cukup majoriti - DAP tempelak Ab Rauf
Tey berkata, tindakan Ab Rauf menyangkal 'hakikat' Adly Zahari mempunyai sokongan untuk mempertahankan pentadbiran, hanyalah sekadar menghangatkan suhu politik semasa.