awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing

Bernama
Bernama
02/06/2022
22:15 MYT
Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing
Jagdeep berkata menempatkan pekerja warga asing di dalam satu tempat dengan persekitaran yang terkawal dan tersusun adalah satu agenda yang baik. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan rancangannya untuk membina lebih banyak asrama pekerja asing bagi menangani masalah pekerja asing yang tinggal di kawasan perumahan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata menempatkan pekerja warga asing di dalam satu tempat dengan persekitaran yang terkawal dan tersusun adalah satu agenda yang baik.
"Ini adalah permintaan rakyat jelata dan pihak kerajaan negeri akan patuh dengan syarat garis panduan sedia ada," katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini pada Khamis.
Jagdeep berkata kerajaan negeri mengambil langkah untuk membina asrama pekerja asing sebagai tindak balas kepada aduan daripada warga Pulau Pinang mengenai kebanjiran warga asing yang tinggal di skim perumahan mereka.
Beliau berkata setakat ini, terdapat dua asrama pekerja yang telah siap dibina dan 10 lagi projek dalam pertimbangan tetapi belum diluluskan.
"Kebanyakan projek ini terletak di daerah Seberang Perai Tengah dan kerajaan negeri tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk di sana kerana mereka tahu kepentingan projek ini, malah mereka minta dipercepatkan," katanya.
Sementara itu, Azrul Mahathir Aziz (PH-Bayan Lepas) yang mencelah menggesa kerajaan negeri melihat semula rancangan pembinaan asrama pekerja asing tersebut, terutama lokasi pembinaannya, agar tidak dibina berdekatan dengan penempatan penduduk.
"Demonstrasi oleh penduduk telah dibuat dan memorandum telah dihantar oleh penduduk Bayan Lepas. Kita bukanlah membantah pembinaan asrama ini tapi penempatan itu tidak sesuai dengan cadangan tersebut.
"Kerajaan negeri perlu lihat semula garis panduan Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa yang menyatakan supaya pembinaan ini tidak berlaku di kawasan-kawasan perumahan atau kampung-kampung, dan dicadangkan supaya ia dibina di kawasan industri," katanya.
Persidangan DUN bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#asrama
#Jagdeep Singh Deo
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan