GEORGE TOWN: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bakal menyaksikan keluarga terbabit dibawa keluar daripada kategori miskin tegar seterusnya membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024.
"Selain itu, beberapa masalah kecil tetapi penting bagi rakyat seperti klinik desa di Bayan Lepas yang memerlukan peruntukan sekitar RM11 juta, saya luluskan segera.
"Saya juga tekankan keperluan selain daripada memacu pertumbuhan dan industri, kita juga tekankan keperluan sektor-sektor yang tinggi keupayaan seperti AI (kecerdasan buatan), digital dan mikrocip," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang kini disegerakan adalah antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di negeri ini.
Taklimat sejam itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan kerajaan pusat serta negeri yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di Pulau Pinang. - Gambar Bernama
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pulau Pinang bakal catat kemiskinan tegar sifar menjelang Jun 2024 - PM
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.