Pulau Pinang adalah negeri kelima yang mencatatkan permohonan 'Enforcement Card' atau E-Kad tertinggi iaitu sebanyak 48 permohonan dalam purata sehari.
Pengarah Imigresen negeri Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata 309 majikan di negeri ini mengambil inisiatif memohon kad berkenaan yang diperkenalkan sejak 15 Feb lepas untuk 1,230 pekerja asing tanpa izin (PATI).
"Sebanyak 1,212 E-Kad berjaya dikeluarkan setakat ini untuk lima sektor iaitu pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata kad itu berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan dan akan tamat tempoh selepas 15 Feb 2018.
Antara syarat kelayakan permohonan E-Kad ialah PATI yang mempunyai majikan, syarat-syarat PATI dan majikan melalui program 'Rehiring' dikekalkan, PATI dari negara sumber, PATI yang mempunyai status kesihatan yang baik dan majikan tidak disenarai hitam atau syak oleh pihak Imigresen.
Meor Hezbullah berkata majikan perlu memohon E-Kad pekerja mereka di kaunter Imigresen sebelum 30 Jun ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan diambil ke atas majikan yang gagal berbuat demikian.
"Pendaftaran PATI dan pengeluaran kad (E-Kad) ini adalah secara percuma di mana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran di samping tidak melibatkan mana-mana ejen atau orang tengah bagi program ini," katanya.
Sementara itu, seorang majikan daripada sektor perkhidmatan Mazihah Halim, 47, berkata kad itu membantu dari segi mengurangkan beban kompaun yang terpaksa ditanggung ekoran PATI di bawah seliaannya terlibat dalam tangkapan Jabatan Imigresen sebelum ini.
"Kompaun yang dikenakan ke atas seorang PATI adalah sebanyak RM5,000 bagi kesalahan tiada visa. Jadi, melalui program ini saya dapat buat E-Kad secara percuma untuk pekerja saya sementara menunggu dokumen perjalanan sah oleh pihak kedutaan mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Majikan perlu memohon E-Kad pekerja mereka di kaunter Imigresen sebelum 30 Jun ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan diambil ke atas majikan yang gagal berbuat demikian. - Gambar hiasan
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina.
Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI
Kerajaan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut sebaliknya majikan bertanggungjawab penuh dalam melakukan pendaftaran tersebut.
Imigresen mula operasi buru PATI
Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu PATI sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.
Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar
Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad PATI tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.