KUALA LUMPUR: Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan bermula kira-kira 3.30 petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata setakat pukul 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, SPU yang menempatkan 38 orang daripada sembilan keluarga manakala di daerah SPS, 21 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah.
"Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak 3.30 petang hingga 6.30 petang semalam menyebabkan puluhan rumah terutama di daerah SPU dan SPS dilanda banjir. Keadaan ini diburukkan lagi dengan air laut pasang besar.
"Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kedah dan Sarawak menunjukkan peningkatan manakala bilangan mangsa di Johor dan Sabah mencatatkan penurunan pagi ini berbanding malam tadi.
Di KEDAH, pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Abdul Rahim Khairuddin berkata jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ekoran banjir kilat di Relau, Bandar Baharu meningkat kepada 35 mangsa daripada 11 keluarga pagi ini berbanding 14 mangsa daripada tujuh keluarga, semalam dengan kesemua mereka ditempatkan di satu PPS iaitu SK Relau yang dibuka sejak 7 malam semalam.
"Hujan lebat selama dua jam petang semalam menyebabkan tiga kampung terjejas iaitu Kampung Kilang Batu, Kampung 300 Kaki dan Kampung Tengah. Keadaan cuaca hari ini adalah baik dan banjir mulai surut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat kepada 193 orang pagi ini berbanding 180 orang malam tadi yang ditempatkan di PPS SK St Peter dan Dewan Kampung Mundai.
Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 821 orang setakat 8 pagi ini berbanding 846 orang pada 8 malam tadi yang ditempatkan di enam PPS iaitu satu di Segamat dan lima di Batu Pahat.
Jumlah mangsa di daerah Batu Pahat yang mengalami 'banjir termenung' adalah seramai 795 orang daripada 225 keluarga, manakala di Segamat 26 orang daripada sembilan keluarga.
Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS berkurangan kepada 298 orang daripada 85 keluarga pagi ini, berbanding 452 orang daripada 137 keluarga malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi. - Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

91 penduduk rumah panjang di Kanowit berpindah akibat banjir
Seramai 91 orang daripada 30 keluarga di rumah panjang di Kanowit terjejas banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun.

Mangsa banjir di Perak tinggal 8 orang di PPS
Cuaca baik sejak awal pagi menyaksikan situasi banjir di Daerah Larut Matang Selama (LMS) semakin pulih, dengan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

6 fasiliti terjejas teruk banjir akan dibaik pulih dalam tempoh 6 bulan - Dr Zaliha
Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Banjir: 5,925 tan metrik sisa sampah dikutip di Johor sehingga kini
Sebanyak 5,925 tan metrik sisa sampah akibat banjir dikutip di negeri ini sejak 3 Mac sehingga semalam dengan Segamat daerah paling tertinggi jumlah kutipan.

Banjir di Johor surut sepenuhnya, dua PPS terakhir di Batu Pahat ditutup
Banjir di negeri ini surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah ini ditutup pada 12 tengah hari.

Banjir: Dua lagi PPS dibuka di Perak, mangsa meningkat kepada 176 orang
Banjir: Dua lagi PPS dibuka di Perak, mangsa meningkat kepada 176 orang

Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 141 orang setakat pagi ini
Cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan cerah pada pagi ini.

Banjir kilat: Dua kampung di Kamunting dinaiki air, sebuah PPS dibuka
PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.