KUALA LUMPUR :Pulau Pinang merekodkan lonjakan kes COVID-19 dengan 141 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Pertambahan jangkitan baharu bagaimanapun melibatkan Kluster Penjara Reman, di mana semua kes terbabit sememangnya terasing daripada masyarakat.

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

1. Sebanyak 563 kes baharu dilaporkan, melibatkan 498 warga tempatan.

2. Jumlah kumulatif kes mencecah 16,220 dengan 5,039 kes aktif.

3. Dua kematian melibatkan wanita berusia 48 dan 85 tahun di Sabah.

4. Enam kluster baharu melibatkan Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya.

5. Sebanyak 98 kes sedang dirawat di ICU dengan 29 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

BACA: COVID-19: 563 kes baharu dilaporkan hari ini, 52 peratus di Sabah

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)