awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang

Bernama
Bernama
11/05/2024
22:15 MYT
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Jagdeep Singh Deo berkata, Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi, sebahagiannya dilaksanakan melalui pembangunan bakat teknologi. - Gambar fail/Astro AWANI
GEORGE TOWN: Pulau Pinang sasar untuk tarik 150,000 bakat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan tumpuan kepada industri semikonduktor dan teknologi perubatan, yang penting bagi pertumbuhan ekonomi negeri.
Timbalan Ketua Menteri, Jagdeep Singh Deo berkata, Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi, sebahagiannya dilaksanakan melalui pembangunan bakat teknologi.
"Inisiatif strategik Pulau Pinang, seperti kerjasama antara industri serta akademik, pelaburan dalam program pendidikan termasuk menarik pelaburan langsung asing, bertujuan meletakkan negeri ini sebagai hab global untuk kemajuan teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saingnya dalam rantaian bekalan global," katanya semasa ucapan perasmian di Simposium Utara Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) 2024, di sini, pada Sabtu.
MBOT dalam satu kenyataan berkata, simposium ini berfungsi sebagai platform dinamik untuk menggalakkan perkongsian kepakaran selain memudahkan pemindahan pengetahuan berkaitan teknologi termaju.
Ia juga menghubungkan ahli profesional MBOT di bawah rangkaian strategik, memupuk perkongsian ilmu dan kerjasama dengan rakan kongsi strategik di wilayah Utara Malaysia.
Acara sehari anjuran MBOT itu menghimpunkan hadirin daripada pelbagai industri, institusi serta agensi kerajaan bagi memupuk perbincangan dan kerjasama bermakna yang akan membentuk masa depan teknologi di Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#tarik bakat
#ekonomi
#Jagdeep Singh Deo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan