awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Persiapan hadapi PRU16 fokus ucapan dasar Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang tubuh Tabung COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/03/2020
09:17 MYT
Pulau Pinang tubuh Tabung COVID-19
CHOW: Dalam masa sehari ini sahaja, sektor swasta terutamanya di Pulau Pinang ini telah memberikan komitmen sumbangan hampir RM2 juta. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan tabung yang dinamakan Tabung COVID-19 bagi membantu golongan yang terkesan dengan penularan wabak itu di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tabung itu ditubuhkan susulan pihaknya menerima tawaran daripada pelbagai pihak terutama swasta yang ingin turut sama menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Justeru, jelas Chow dengan adanya tabung berkenaan, ia akan memudahkan pihak yang ingin menyumbang agar mereka dapat terus menyalurkan sumbangan ke tabung tersebut
"Ekoran itu, saya telah menerima banyak tawaran untuk sumbangan pihak swasta. Dalam masa sehari ini sahaja, sektor swasta terutamanya di Pulau Pinang ini telah memberikan komitmen sumbangan hampir RM2 juta. Terima kasih saya ucapkan," kata Chow dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, sumbangn boleh dibuat menerusi akaun Maybank 557054620930 atas nama Tabung Covid-19 Pulau Pinang.
Butiran akaun juga boleh diperoleh melalui laman web, www.PenangLawanCovid19.com.
Chow berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk turut sama membantu golongan yang terjejas dengan wabak yang sedang menular ini.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#pandemik
#PenangLawanCovid19
#penularan wabak
#pulau pinang
#Tabung COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan