awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelesaian saman TikTok isyarat elak pendedahan maklumat - Pakar privasi data
Infrastruktur digital penentu daya saing 2026
PM Kanada nafi tarik balik kenyataan di Davos selepas berbual dengan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulihkan semula fungsi kehakiman di Bangunan Sultan Abdul Samad - Majlis Peguam

Bernama
Bernama
27/01/2026
13:38 MYT
Pulihkan semula fungsi kehakiman di Bangunan Sultan Abdul Samad - Majlis Peguam
Mohamad Ezri berkata bangunan ikonik itu membawa legasi yang tidak mampu ditiru di tempat lain kerana pernah menempatkan mahkamah tertinggi negara. - Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa yang berkaitan agar menimbang secara serius usaha memulihkan fungsi kehakiman di Bangunan Sultan Abdul Samad susulan kepentingan sejarah dan peranan berterusannya dalam warisan perundangan Malaysia.
Presiden Majlis Peguam Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata bangunan ikonik itu membawa legasi yang tidak mampu ditiru di tempat lain kerana pernah menempatkan mahkamah tertinggi negara dan berperanan sebagai pusat penting dalam perkembangan bidang kuasa rayuan di Malaysia.
Dibina antara tahun 1894 dan 1897, Bangunan Sultan Abdul Samad pada mulanya menjadi pusat pentadbiran kolonial British sebelum menempatkan Mahkamah Agung, kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan, pada tahun 1984.
Pada 2003, Mahkamah Persekutuan telah dipindahkan ke Istana Kehakiman di Putrajaya.
"Bagi anggota badan kehakiman dan profesion guaman yang pernah bertugas di sana, bangunan ini lebih daripada sekadar warisan seni bina. Ia merupakan tempat di mana keputusan penting telah disampaikan dan di mana generasi peguam mengasah kepakaran mereka," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Majlis Peguam, langkah memulihkan fungsi mahkamah di bangunan berkenaan akan menyambung kembali sistem kehakiman di lokasi yang telah sebati dengan kesedaran nasional, memperkukuh simbolisme sivik serta memastikan bangunan warisan itu terus memainkan peranan bagi tujuan institusi yang bermakna dan bukannya menjadi monumen statik semata-mata.
"Terdapat contoh di peringkat antarabangsa yang membuktikan nilai bagi pendekatan sedemikian. Di Hong Kong, bekas bangunan yang menempatkan Mahkamah Agung telah dipulihkan sebagai Mahkamah Rayuan Akhir selepas beberapa dekad digunakan untuk tujuan lain.
"Ini menunjukkan bahawa struktur bersejarah boleh diubah suai mengikut keperluan badan kehakiman moden tanpa menjejaskan aspek keselamatan atau keberkesanan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa yang berkaitan agar menjalankan kajian kebolehlaksanaan secara teratur merangkumi integriti struktur, keperluan keselamatan, kebolehcapaian, pemuliharaan warisan dan pertimbangan bagi penyelenggaraan jangka panjang.
"Memulihkan fungsi kehakiman di Bangunan Sultan Abdul Samad bukanlah demi nostalgia semata-mata sebaliknya sebagai pengesahan terhadap kesinambungan institusi, maruah badan kehakiman dan sejarah Perlembagaan di Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem kehakiman
#Majlis Peguam
#Bangunan Sultan Abdul Samad
#sejarah
#perundangan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan