awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puntung rokok dibuang sembarangan antara punca kebakaran hutan

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2019
14:38 MYT
Puntung rokok dibuang sembarangan antara punca kebakaran hutan
Sekecil-kecil bara api di hujung puntung rokok boleh membawa kepada kebakaran besar di hutan. - Gambar fail
Puntung rokok yang dibuang merata-rata di kawasan mempunyai bahan mudah terbakar dipercayai antara penyebab kebakaran hutan di negeri Terengganu.
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Terengganu, Mohd Norli Abdullah berkata, selain itu aktiviti pembakaran tanpa dikawal dalam kerja-kerja pembersihan kawasan ladang juga menyumbang kepada kes kebakaran terbuka.
“Punca api itu daripada manusia, terutamanya orang yang masuk hutan untuk cari madu atau burung.
“Biasanya, dia ‘bawa’ api (melalui) rokok, maka apabila dia campak benda (puntung) itu, ia boleh menyebabkan kebakaran.
“Apabila (kawasan tanah) gambut, (kebakaran yang berlaku) jadi lambat sikit untuk dipadamkan. Jadi, memang (kebakaran berpunca) daripada aktiviti manusia,” ujar Mohd Norli.
Menurutnya, setakat ini seorang individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melakukan pembakaran terbuka pada Februari lalu.
Jelasnya, sebanyak 34 aduan telah diterima pihaknya sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Selain itu, pihaknya yakin kebakaran hutan tersebut tidak menyebabkan jerebu susulan tindakan pantas memadamkan kebakaran dalam tempoh tiga hari.
Topic Berkaitan
#bomba
#hutan
#Jabatan Alam Sekitar
#kebakaran
#puntung rokok
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan