awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Falak Miri perkasa ilmu astronomi tempatan Sarawak

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
24/09/2021
12:03 MYT
Pusat Falak Miri perkasa ilmu astronomi tempatan Sarawak
Jelas Abang Johari, tidak mustahil program pembangunan di pusat tersebut juga boleh dimanfaatkan untuk mengkaji dan menjangka beberapa fenomena dan bencana alam di negeri itu termasuk kejadian banjir. FOTO: JAPEN Sarawak
MIRI: Sarawak akan terus memperkasakan kajian dan pembangunan ilmu sains astronomi ke satu tahap yang lebih ke hadapan melalui pembinaan Pusat Falak pertama di negeri itu.
Terletak di Luak Esplanade, Miri, gabungan teknologi canggih dan terkini serta kepakaran tempatan dalam aspek ilmu falak berupaya meningkatkan kualiti tamadun Islam dan penyelidikan bidang astronomi.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, di peringkat antarabangsa, kajian saintifik tentang alam semesta, peredaran bulan dan matahari dilaksanakan berterusan bagi menyelesaikan dan memahami isu berkaitan alam.
Jelasnya, tidak mustahil program pembangunan di pusat tersebut juga boleh dimanfaatkan untuk mengkaji dan menjangka beberapa fenomena dan bencana alam di negeri itu termasuk kejadian banjir.
“Waktu ini, ketika kita sedang sibuk dengan pelbagai isu, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang berbincang mengenai perubahan iklim, banjir, kekacauan dan bencana yang juga berkaitan dengan pasang surut air.
“Tadi saya bercakap dengan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, mengenai kejadian banjir yang melanda di Long Lama dan Marudi, sebenarnya kita boleh menjangka bila banjir ini akan berlaku melalui kajian kita terhadap peredaran bulan dan matahari,” katanya semasa merasmikan Pusat Falak di Luak Esplanade Miri pada Jumaat.
Tambah Abang Johari, kerajaan negeri akan terus komited untuk mengembangkan ilmu falak di negeri itu selaras dengan agenda pembangunan teknologi digital yang sedang diperkasakan.
Selain itu, pembukaan pusat itu secara langsung akan memberi pendedahan yang inklusif mengenai ilmu falak dan sains astronomi kepada para pelajar di setiap institusi pendidikan serta orang awam khasnya di bahagian Miri.
“Di bahagian ini misalnya kita ada Curtin University, maka para pelajar yang mengambil jurusan berkaitan akan menggunakan fasiliti ini untuk belajar ilmu sains astronomi dan mengembangkannya ke satu tahap yang lebih baik.
“Saya akan cuba untuk mengangkat serta memperluaskan penguasaan ilmu falak ini, kerana ia satu komponen ilmu yang sangat penting untuk penguasaan perkakas teknologi digital termasuk untuk bidang teknologi maklumat (IT),” katanya.
Pusat Falak yang bernilai RM4.5 juta itu dibangunkan melalui peruntukan kerajaan negeri selama 18 bulan sebelum diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) pada 13 Ogos 2021.
Pusat Falak Miri akan berfungsi sepenuhnya sebagai pusat cerapan dan takwim, pusat penyelidikan dan perkembangan ilmu falak, serta sebagai salah satu sumber pusat pelancongan astro di Sarawak.
Topic Berkaitan
#Pusat Falak Miri
#kajian ilmu astronomi
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan