awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026

Bernama
Bernama
08/10/2024
08:01 MYT
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Lukanisman berkata pusat (NCDC) ini akan menjadi Makmal Rujukan dan Diagnostik Khas yang akan memperkukuh negara dalam pengurusan wabak penyakit. - Foto Bernama
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pusat kawalan penyakit yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan itu bakal meningkatkan kesiapsagaan Malaysia dalam menghadapi krisis kesihatan global.
"Berdasarkan penemuan dan analisis semasa pandemik COVID-19, pusat (NCDC) ini akan menjadi Makmal Rujukan dan Diagnostik Khas yang akan memperkukuh negara dalam pengurusan wabak penyakit.
"Pembinaan NCDC ini juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam penghasilan vaksin sendiri sekali gus memberi kemudahan terbaik kepada saintis tempatan untuk melakukan kajian penyakit secara lebih mendalam," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Jubli Perak ke-25 Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di sini hari ini.
Beliau berkata NCDC yang dibina di kawasan seluas lapan hektar bermula Oktober 2021 itu akan dilengkapi dua blok utama iaitu pusat kawalan penyakit dan Makmal Rujukan Kesihatan Awam.
Sambutan Jubli Perak MKAK menandakan kejayaan 25 tahun penubuhan institusi itu dalam menjaga keselamatan awam, termasuk pencapaian tertinggi sebagai makmal pertama di Malaysia yang mengenal pasti virus COVID-19 dengan menggunakan mikroskop elektron dan virus cacar monyet atau mpox melalui kaedah PCR masa nyata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Kawalan Penyakit Negara
#krisis kesihatan global
#Lukanisman Awang Sauni
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan