awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan

Bernama
Bernama
11/08/2023
20:45 MYT
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
HASNI: Pusat ini dapat berperanan dalam menjalin lebih banyak kerjasama dan kolaborasi bukan sahaja dengan Singapura, tetapi negara maju lain. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan menubuhkan Pusat Kelestarian Johor selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi menjadikan negeri itu sebagai pemacu agenda kelestarian serantau.
Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura Datuk Seri Hasni Mohammad berkata inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Beliau berkata penubuhan pusat itu dijangka membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan hubungan kerjasama dengan negara maju yang menguasai teknologi hijau serta tenaga boleh diperbaharui.
"Pusat Kelestarian Johor ini di bawah kerajaan negeri dan JETCO berperanan sebagai pemudah kepada penubuhannya. Johor perlu membuat persediaan untuk menyambut sepenuhnya NETR, kita juga berada di kedudukan yang strategik.
"Pusat ini dapat berperanan dalam menjalin lebih banyak kerjasama dan kolaborasi bukan sahaja dengan Singapura, tetapi negara maju lain," katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2023-2024 Iskandar Malaysia di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han.
Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata penubuhan pusat itu semestinya akan membantu menarik pelaburan asing.
"Kerajaan negeri amat proaktif dalam menarik pelaburan dan saya turut menyertai lawatan pelaburan ke negara seperti China dan Eropah.
"Dengan adanya Pusat Kelestarian Johor ini, ia akan meletakkan kita sebaris dengan negara yang jauh lebih membangun. Jika kita tidak menerapkan kelestarian dan teknologi hijau, ia akan menjadi cabaran kepada kita untuk menarik pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hasni Mohammad
#Pusat Kelestarian Johor
#NETR
#agenda kelestarian serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan