GEORGE TOWN: Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2015 hingga tahun lepas.
Ketua Pegawai Farmasi Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun PRN USM Sulastri Samsudin berkata daripada jumlah itu pihaknya merekodkan panggilan kes pendedahan rokok elektronik yang tertinggi dengan 30.6 peratus iaitu lima kali ganda kenaikan pada tahun lepas berbanding 6.3 peratus pada 2019.
"Fasa pertama peningkatan adalah sebanyak dua kali ganda pada 2020 (13.5 peratus) dan 2021 (19.8 peratus) berbanding 6.3 peratus pada 2019 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.
"Majoriti kes melibatkan kanak-kanak berusia kurang lima tahun. Situasi ini boleh dikaitkan dengan kebolehcapaian produk ini akibat penyimpanan tidak selamat dan bentuk pembungkusan produk serta kewujudan bahan perisa yang menarik seperti makanan dan gula-gula," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata fasa kedua iaitu pada 2022 dan 2023 pula menunjukkan perubahan tren dari kategori umur dengan lebih ramai remaja berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun mengalami keracunan akibat penggunaan rokok elektronik secara sengaja.
Menurutnya lebih 95 peratus kes yang dilaporkan adalah bergejala keracunan nikotin seperti muntah teruk, mengantuk, cirit-birit, sakit perut, pengsan dan sawan selain terdapat gejala lebih teruk seperti psikosis, halusinasi, perubahan tingkah laku yang agresif dan disyaki melibatkan penyalahgunaan dadah ke dalam cecair rokok elektronik.
Mengulas lanjut, Sulastri berkata sejak 2021, PRN juga mula menerima kes pendedahan rokok elektronik yang dikaitkan dengan dadah Magic Mushroom atau bahan aktifnya psilosibin dan telah merekodkan 23 kes sehingga kini.
Justeru, beliau berkata pihaknya meminta kerajaan supaya menyegerakan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskan tahun lepas dengan memastikan kawalan terhadap produk rokok elektronik diberi penekanan terhadap beberapa perkara.
Katanya ia termasuk penggunaan penutup keselamatan bagi bekas isian semula cecair rokok elektronik, melarang penggunaan bahan perisa makanan dalam cecair rokok elektronik, menghadkan kepekatan nikotin dan jumlah cecair dalam cecair rokok elektronik serta bekas isian semula
"Selain itu, memastikan produk bahan kimia diuji dan didaftarkan untuk tujuan pemantauan, menetapkan pengoperasian piawai ketat untuk proses pengeluaran produk, mengukuhkan sistem pemantauan bagi kes pendedahan keracunan rokok elektronik dan mengawal akses rokok elektronik kepada golongan bawah umur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Sulastri berkata sejak 2021, PRN juga mula menerima kes pendedahan rokok elektronik yang dikaitkan dengan dadah Magic Mushroom. - Gambar fail/Sinar Harian
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
New Zealand haramkan vape pakai buang
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Segerakan undang-undang selamatkan generasi penagih nikotin
Ridzuan menyedari wajah kawannya sentiasa pucat, mata merah selain asyik berkhayal dan tidak fokus dengan situasi sekeliling.
Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.
KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH
Kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Penggunaan 'vape' untuk rawat ketagihan rokok perlu dilihat secara meluas - Pakar
Sebahagian besar rakyat di negara inin masih terperangkap untuk mencari jalan keluar daripada masalah ketagihan merokok.
Pengguna rokok elektronik, vape berisiko alami kecederaan paru-paru
Dua kes EVALI dilaporkan dalam negara pada 2019, lapan kes pada 2021 dan empat kes antara Jun hingga September lepas.