GEORGE TOWN: Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2015 hingga tahun lepas.
Ketua Pegawai Farmasi Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun PRN USM Sulastri Samsudin berkata daripada jumlah itu pihaknya merekodkan panggilan kes pendedahan rokok elektronik yang tertinggi dengan 30.6 peratus iaitu lima kali ganda kenaikan pada tahun lepas berbanding 6.3 peratus pada 2019.
"Fasa pertama peningkatan adalah sebanyak dua kali ganda pada 2020 (13.5 peratus) dan 2021 (19.8 peratus) berbanding 6.3 peratus pada 2019 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.
"Majoriti kes melibatkan kanak-kanak berusia kurang lima tahun. Situasi ini boleh dikaitkan dengan kebolehcapaian produk ini akibat penyimpanan tidak selamat dan bentuk pembungkusan produk serta kewujudan bahan perisa yang menarik seperti makanan dan gula-gula," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata fasa kedua iaitu pada 2022 dan 2023 pula menunjukkan perubahan tren dari kategori umur dengan lebih ramai remaja berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun mengalami keracunan akibat penggunaan rokok elektronik secara sengaja.
Menurutnya lebih 95 peratus kes yang dilaporkan adalah bergejala keracunan nikotin seperti muntah teruk, mengantuk, cirit-birit, sakit perut, pengsan dan sawan selain terdapat gejala lebih teruk seperti psikosis, halusinasi, perubahan tingkah laku yang agresif dan disyaki melibatkan penyalahgunaan dadah ke dalam cecair rokok elektronik.
Mengulas lanjut, Sulastri berkata sejak 2021, PRN juga mula menerima kes pendedahan rokok elektronik yang dikaitkan dengan dadah Magic Mushroom atau bahan aktifnya psilosibin dan telah merekodkan 23 kes sehingga kini.
Justeru, beliau berkata pihaknya meminta kerajaan supaya menyegerakan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskan tahun lepas dengan memastikan kawalan terhadap produk rokok elektronik diberi penekanan terhadap beberapa perkara.
Katanya ia termasuk penggunaan penutup keselamatan bagi bekas isian semula cecair rokok elektronik, melarang penggunaan bahan perisa makanan dalam cecair rokok elektronik, menghadkan kepekatan nikotin dan jumlah cecair dalam cecair rokok elektronik serta bekas isian semula
"Selain itu, memastikan produk bahan kimia diuji dan didaftarkan untuk tujuan pemantauan, menetapkan pengoperasian piawai ketat untuk proses pengeluaran produk, mengukuhkan sistem pemantauan bagi kes pendedahan keracunan rokok elektronik dan mengawal akses rokok elektronik kepada golongan bawah umur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
![Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711542841_vape.jpg)
Sulastri berkata sejak 2021, PRN juga mula menerima kes pendedahan rokok elektronik yang dikaitkan dengan dadah Magic Mushroom. - Gambar fail/Sinar Harian
![Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737669631_TBCklamovski.jpg)
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
![Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737669146_TBindonfreefood.jpg)
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
![AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737669323_TBVikneswaran.jpg)
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
![Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737668902_TBMuhammadAhsan.jpg)
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
![AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737668224_TBNezarPatria.jpg)
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
![Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737668073_HariNatal.jpg)
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
![Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737667941_TBjoehari.jpg)
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
![MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025 MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731592981_MIDF.jpg)
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
![Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737667605_TBPatrickAlcala.jpg)
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
![DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737647619_ZalihaMustafa.jpg)
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
![JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734752253_tbMohtarPungutAh.jpg)
JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan.
![Kerajaan UK akan haramkan penjualan peranti rokok elektronik pakai buang Kerajaan UK akan haramkan penjualan peranti rokok elektronik pakai buang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729778719_TBvape.jpg)
Kerajaan UK akan haramkan penjualan peranti rokok elektronik pakai buang
Penjualan peranti rokok elektronik atau vape pakai buang akan diharamkan di Britain menjelang musim panas depan.
![Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728957714_vape.jpg)
Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik
Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.
![Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727017158_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat
Polis merampas sebanyak 5,000 unit rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM525,000 yang disyaki untuk diseludup ke pasaran tempatan.
![KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).
![Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720604544_MohamedFadzliHassa.jpg)
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
![Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.
![Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
![Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701163811_TBVapingjpg.jpg)
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
![KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715856722_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.