KUALA LUMPUR: Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG negara dijangka beroperasi sepenuhnya dalam dua bulan lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu, SDG yang diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri itu akan bertindak untuk memperkukuh tindakan mencapai 17 matlamat SDG bagi menjadi negara mampan menjelang 2030.
Dengan ini, katanya, Malaysia bakal melihat peralihan kepada ekonomi mampan yang berteraskan dimensi alam sekitar dan budaya kecemerlangan dalam pemuliharaan persekitaran hijau.
"Kami berharap pusat ini akan beroperasi dalam tempoh dua bulan lagi. Dengan ini kita akan melihat negara ke arah peraliran ekonomi dan gaya hidup yang lebih mampan, berteraskan alam semulajadi dan kesihatan persekitaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Praxis 2022 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia di sini, pada Isnin.
Pada masa yang sama, Mustapa memberitahu, ia akan menggalakkan pertumbuhan hijau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon serta mempromosikan penggunaan sumber asli secara mampan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penubuhan SDG dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara yang dipengerusikannya serta ahli-ahli majlis iaitu Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kanan dan Menteri-Menteri Persekutuan, Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kluster Jawatankuasa Kerja SDG dan beberapa Ahli Parlimen.
Beliau berkata, agenda pembangunan mampan memerlukan pembabitan dan usaha gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak agar tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta dipertingkat.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 03 2022
Mustapa Mohamed berkata, Malaysia bakal melihat peralihan kepada ekonomi mampan yang berteraskan dimensi alam sekitar dan budaya kecemerlangan dalam pemuliharaan persekitaran hijau. - Foto ISIS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Tanggungjawab patriotik rakyat sebar ideologi sederhana
Kepelbagaian kaum di Malaysia sebenarnya sangat terdedah dengan jaringan-jaringan konflik yang berpaksikan ideologi ekstremisme.
Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.
Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan
Asia-Pacific Roundtable ke-35 kembali tahun ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.
Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS
Negara telah meletakkan banyak masa dan tenaga dalam projek tersebut dan patutnya pada masa kini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI
Program tersebut akan mendalami dan mengktiraf cabaran utama yang melanda dunia serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul kini.
Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar
Penubuhan pasukan petugas khas berhubung kes Pulau Batu Puteh dilihat sebagai langkah baik untuk menilai semula strategi negara.
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis
Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Herizal Hazri melihat signifikan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi.