HULU KELANG: Sebuah pusat sembelihan yang beroperasi secara haram di Kemensah dikesan mengalirkan sisa darah lembu memasuki anak sungai berhampiran.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan berkata, Yang Dipertua MPAJ, Ani Ahmad telah menjalankan pemeriksaan ke lokasi tersebut sebaik menerima aduan daripada orang awam.
Menurutnya, sebanyak tiga kompauan bernilai keseluruhan RM2,500 dikenakan ke atas penguasaha terbabit atas pelbagai kesalahan.
"Kompaun pertama mengikut Seksyen 47(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana menumpahkan darah masuk ke dalam sesuatu tempat awam (anak sungai) dengan nilai kompaun RM250.
"Kompaun kedua adalah mengikut Seksyen 70, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana melakukan sesuatu kacau ganggu / meletakkan kekotoran (mengalirkan darah sembelihan) ke anak sungai dan dikenakan kompaun RM1,000," katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Ujarnya, kesalahan ketiga pula kerana menjalankan aktiviti perniagaan jualan daging lembu dan aktiviti penyembelihan tanpa lesen daripada MPAJ di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perindustrian dan Perniagaan (MPAJ) 2007 dengan kompaun bernilai RM1,000.
MPAJ berkata, menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen, menimbulkan kacau ganggu serta mengalirkan kekotoran ke dalam sungai adalah suatu kesalahan.
MPAJ menasihatkan peniaga mdmberikan kerjasama dan mematuhi undang-undang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 03 2023
Ani Ahmad telah menjalankan pemeriksaan ke lokasi tersebut sebaik menerima aduan daripada orang awam. - Gambar/Sinar Harian
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
AWANI 7:45 [30/04/2024] – SPRM ambil keterangan MB Perlis | Buru tanpa kompromi | PM minta negara Arab tegas
- SPRM ambil keterangan MB Perlis, kes salah guna kuasa
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
Pusat sembelihan haram di Kemensah alir sisa darah lembu ke sungai
Sebuah pusat sembelihan yang beroperasi secara haram di Kemensah dikesan mengalirkan sisa darah lembu memasuki anak sungai berhampiran.